.

.

Thursday, 26 April 2012

Ya Rabb...Hanya Engkau yang memahami...


Fadhilat surah Al-Kauthar




Dengan nama Alah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 

Sesungguhnya kami memberikan kepadamu nikmat yang banyak.
Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah.
Sesungguhnya orang yang membenci Kami dialah yang terputus.

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat  dan diturunkan di Makkah  dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat  daripada batu  permata yang indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu  dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w.kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang  dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.



Fadhilat membaca surah Al-Kauthar
Barangsiapa membaca surah Al-Kauthar 100x saat hujan turun lalu memohon kepada Allah SWT apa yang dihajatkannya dari urusan duniawi dan ukhrawi maka Allah SWT akan mengendahkan permohonannya.


Sesiapa yang membaca 7x setiap hari pada mata air, maka ia akan menjadi besar sumbernya.


Barangsiapa yang membaca surah Al-Kauthar 1000x maka Allah hasilkan apa yang dituntutnya, lebih-lebih dalam mencari rezeki dan pangkat, dan dibukakan berbagai pintu kebaikan.


Barangsiapa yang membaca Al-Kauthar 1000x sesudah sembahyang Isyak sehingga membawa kepada tidurnya, maka insyaallah akan melihat Rasulullah SAW dalam mimpinya.


Kata sebahagian orang yang mengamalkannya:


Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk
ketika  menunaikan solat.



Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah
s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah
tetapi  dizalimi.



Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air
mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.



Jika dibaca ayat ini sewaktu memasak akan dapat melazatkan makanan


Jika diamalkan selalu surah ini, kita tidak akan menjadi seorang yang materialistik.


copy: Bumi Serta Isinya


Ya Allah....tolong tenangkan hati hamba-Mu ini, sesungguhnya aku x terdaya mengahadapinya sendirian...tolong tenangkan hatiku ini disaat aku benar-benar terjatuh, bangkitkanlah aku dengan semangat baru...masih panjang perjalanan hidupku yang harus aku tempuhi....jangan pernah matikan aku dengan perasaan sendiri, jadikan aku seorang yang tabah dan kuat dalam melalui hari-hariku. supaya aku sentiasa di jalan-Mu Ya Rabb...Redhakanlah setiap langkah perjalananku...permudahkanlah segala urusanku, dunia dan akhiratku. Jadikan aku seorang yang bahagia dalam kesederhanaan....kurniakanlah aku kejayaan di dunia dan di akhirat....bahagiakanlah aku di dunia dan di akhirat,..Aaminn...:')