.

.

Monday 27 May 2013

Wajah Tua Itu...


Wajah tua itu…
Wajah tua itu, aku sering melihat dia menangis keseorangan..
Hiba hati..sebak,
Sayu…
Rasa demi rasa yang dipendam…

Urat tua yang makin kelihatan..
Terlalu banyak dugaan yang menimpa beliau..
Aku tahu…tapi aku tak mampu..

Kadang terfikir,..
Mampukah aku menjadi seperti mereka di masa depanku?..
Mampukah aku..?
Mampukah aku…?

Jika diberi peluang ingin untuk membanggakan mereka..
Membalas apa yang patut..
Pikul tanggungjawab sebagai anak dengan penuh solehah..

Dia penguat semangatku..
Pendampingku..
sahabat terdekat aku..
bakal waliku kelak..
kerana aku tahu hanya mereka yang menyanyangiku dengan sepenuh jiwa dan raga..
Tanpa Sebab….

"Kerana Ibu satu-satunya wanita yang takkan patahkan kita
Kerana Ayah satu-satunya lelaki yang takkah kecewakan kita,,."