.

.

Sunday 31 July 2011

AkU HaRuS...

Terjaga dari tidur,..

Menggunakan bahasa Tuhan mengadap kiblat-Nya,..

Terduduk dalam sedu,..

Cuba kuatkan semangat lagi,.. 

Demi senyum dalam keterpaksaan,..

Mulakan pagi hari seperti sediakala,.. 

Walaupun senyum yang dilakar agak sumbang,..

Untuk menutup segala resah hati pada pandangan umum,..

Dan demi sebuah penghidupan yang masih jauh,..

Aku harus,,,...


secret of me...

Wednesday 27 July 2011

>>> Cinta Sejati Hanya Pada-Mu



Tak terasa air mata mengalir deras…
Tak sedar ku terluka kerana cinta…
Tak mengerti  ini adakah diriku…
Kerana aku tak pernah tewas pada perasaan sendiri…


Mungkin ini hanya cubaan… Mungkin ini juga hanya ujian…
Untuk membuat aku lebih tabah menghadapi segalanya…
Untuk lebih kuat pada suatu masa yang akan datang…
Yang masih penuh dengan segala liku dan dugaan…yang belum tahu kesudahannya…



Ya Allah…berilah aku kekuatan…
Temukan lah aku cinta sejati…
Yang sentiasa ikhlas menemaniku…
Dalam setiap langkah…suka dan dukaku…
Yang sentiasa ada untukku…



Ya Allah…berilah aku petunjukmu…
Dalam mengharungi dugaanmu yang maha hebat ini…
Kerana aku terasa amat lemah sendirian…



Kerana aku tahu,,,yang datang bukan selamanya ada….
Dan yang ada,,,tidak selamanya kekal…
Tiada pengharapan yang akan aku sandarkan…
Kerana aku tahu…tiada yang ikhlas dan abadi…
Selain cinta-Mu Yaa Rabbi.....



Monday 18 July 2011

** BuLaN dI tUtUp aWaN**

Wahai
janji setia sudah diucapkan
aduh
kata bersumpah telah kupadukan
kini
engkau pergi jauh membawa diri
tinggal
daku saorang dalam sunyi sepi


nun bulan ditutup awan
terkenang...
hati bertambah rawan


wahai
jikalau ku tahu janjimu palsu
tentu
tidak kuturut sedari dahulu


wahai janji setia sudah diucapkan
aduh
kata bersumpah telah kupadukan
kini
engkau pergi jauh membawa diri
tinggal
daku saorang dalam sunyi sepi


nun bulan ditutop awan
terkenang
hati bertambah rawan


wahai
jikalau ku tahu janjimu palsu
tentu
tidak kuturut sedari dahulu



...* sAyAp SuDa jAtuH cHeNtA dEngAn LagU inI.......^_-

Monday 11 July 2011

~ ReaLiTi tAk sEiNdAh iMpiAn ~

Maybe…segalanya nampak indah dari luaran.. mungkin juga pernah mengukir senyuman yang entah di mana keikhlasannya dan dalam keadaan keterpasaan untuk menutup segala keresahan hati…

Kesakitan yang masih terasa, dan setiap kali itulah air jernih mula bergenang di tubir mata dan mengerti keresahan hati…keluar tanpa paksaan…lagi…dan lagi…..

Sampai bila hati, perasaan dan fikiranku harus begini? Di mana semua kekuatanku yang dulu…yang pernah tabah walau apapun yang terjadi aku mampu terima… Ya Allah kuatkanlah hamba-Mu yang kudus ini…..

Aku bahagia dengan kehidupanku…dikelilingi semua insan yang menyayangiku…tetapi hatiku seolah-olah kosong,,,kosong tanpa sebarang erti bila bersendirian…kesepian yang membuatku resah sendiri…hilang segala keceriaanku, yang ada hanya lakonan untuk tatapan semua yang memandangku…

Apa yang meruntun perasaanku sebenarnay…? Aku sendiri pun tidak mengerti…kerana hati dan perasaan yang berbaki hanya “KOSONG” saat ini, tiada apa-apa yang membebankan benak fikiranku…tetapi yang aku tahu, aku mahu menangis…menangis sepuas-puasnya sehingga penat sendiri…! kenapa aku harus merasa seolah-olah kehilangan, tiada arah haluan yang jelas.. yang harus aku pilih untuk lari dari kesepian dan kesakitan ini…..




-e.e.e-