.

.

Wednesday 23 October 2013

Cukup Allah tahu..

Bukan tak cuba,
Malah selalu cuba..
Semakin cuba, semakin tak mampu.

Tak payah orang nak tahu,
Sebab..
Aku tahu Allah tahu.

Cukup aku tunjuk,
Yang aku masih mampu tersenyum pada kalian..
Walau dalaman berkecamuk.

Sunday 6 October 2013

-,-

Buntu
Bila hati mula tenang
dia datang kembali
Sumpah kau benci, tapi kau cinta

kau tahu
Semua berkata
kau sedar, mungkin kau bodoh
Tetap mahu bersandar pada sesuatu yang rapuh
Untuk kau berpaut kembali

Sampai kau sanggup maafkan dia beribu kali
Walau kau tahu hati kau kian mencair andai ia ais
Tak kira salah kecil, besar, pedih, ngilu yang kau terima
Kau tetap terima

Bekali-kali tertitis permata jernih dari mata kau
Tak kira bila dan dimana
Sampai penat, dan kau tertidur di sejadah
Selalu kerana kau tahu dia masih cinta

Sebab kau tahu dia bukan begitu
Sebab kau pernah nampak
Masa depan bersama
Pada saat itu
kaulah manusia paling bahagia
Dari kaca mata kau

Tapi kau tetap buntu
Mampukah kau teruskan
Sebab kau tahu tetap ada luka lama
Parut tak payah nak di cerita lagi

Lemah bila jadi seseorang
Yang terlalu berpegang pada yang satu
Sebab kealpaan diri dia, kau yang tanggung
Silap dia sebab tak berusaha

Luluh hati sekeliling memandang kau terjatuh
Bila dia tak berusaha
Mintak tuhan tutup aib dia
Sehingga segalanya terbongkar

Samaada dia salah, atau keadaan yang salah
Perkara tetap berlaku
Tapi kau tetap tak tahu
melainkan dia yang tahu jalan ceritanya

Sekarang
Tak tahu apa harus kau buat
Apa harus kau tuju
Apa harus kau pilih
Sebab sedih kau, susah keluarga kau
Bahagia kau, gembira keluarga kau.

Kau harus ingat sang pemilik hati.
Memohon agar takdir tunjukkan jalan
Kerana kau, mereka, orang sekeliling nampak pada perkara nyata
Bukan disebalik perkara berlaku
Kau tak boleh kesali
Kerana segala telah tertulis sejak kau jadi benih.