.

.

Tuesday 31 May 2011

Di Saat Air Jernih Menitis Lagi Dari Tubir Mata.....


Tiada apa yang dapat merubah keadaan, kerana aku bukan seorang yang kejam, untuk melihat penderitaan seseorang..demi kepentingan sendiri,,.kerana itu bukan caraku…yang hanya aku mampu saat ini ialah pasrah, selain redha…redha… dan redha dengan ketentuan Ilahi… dan kerana aku tahu aku tiada erti bagi sesiapa…


Ya, memang…memang semua tahu hanya takdir yang menentukan segalanya…tapi kenapa hati seakan membeku tidak mengerti dengan semua ini..? Andai dapat kuundur detik waktu dari terus berputar…akan aku ubah segalanya dari terjadi…mengelak terus dari sesuatu yang akan meruntun hati dan menyesakkan jiwa…tapi waktu tak kan berhenti, tapi detik tak kan kembali…berkali aku memujuk hati, tapi aku tak mampu...


“ibarat air terjun yang terus terjun, membunuh diri tanpa kematian…”


“seperti racun yang menular dalam pembuluh darah, tidak terasa tetapi membunuh dalam senyap…”



Sakit.....



Apa harus aku buat…??? Persoalan demi persoalan, tapi aku buntu sendiri...biar peredaran waktu tentukan keadaan seterusnya…biar “sang pencipta” yang tentukan “skrip” lakonan, kerana aku adalah pelakon utama di pentas lakonan ini…tidak mungkin aku akan tenggelam dengan watak sendiri…kerana itu janji Ilahi yang menentukan sesuatu yang terbaik untuk hambanya…kerana Dia pemilik sekelian alam…


Aku harus kuat, aku harus tabah…kerana hidup baru bermula…pelbagai rintangan lagi yang harus aku lalui…masih banyak lagi sesuatu yang “ajaib” yang akan aku temui, masih banyak lagi sesuatu yang mustahil yang harus aku lalui dan terokai…inilah sebuah kehidupan yang harus aku redah demi sebuah perjalanan hidup sebelum kembali kepada “sang pemilik” pentas lakonan dunia…


Pergi…

Pergi…

Pergi…..

Hanya itu yang mampu aku pinta, kerana tidak tertanggung lagi rasaku ini…kembalikan semangatku agar aku kuat lagi berdiri…entah kenapa rasa ini hadir, kerana tidak pernah aku jemput kedatangannya…tidak pernah aku pinta semua ini terjadi…..


Hanya dengan mengadap “kiblat-Mu” aku tenang sendiri…hanya pada-Mu tempatku memohan.. Kerana tiada apa dan sesiapa yang dapat menetukan takdir-Mu Ya Allah…hanya pada-Mu tempat aku berserah…..




Monday 30 May 2011

Lari Dari Pentas Duniawi...Ibarat Lari Dari Kehidupan Hakiki.....


        Fuhh…maybe otak aku da penat dari nak fikir sume ni…tiada apa yang harus aku lakukan, selain lari dari pentas lakonan kehidupan yang tidak memberi apa-apa makna kehidupan yang sebenar..


Lari dari segalanya-galanya yang membebankan benak fikiranku..


Entah aku lari dari apa sebenarnya…aku sendiri pn x pasti….sesungguhnya yang aku tahu..aku hanya penat sendiri, penat dengan diri sendiri,,,,
Penat jiwa…
Penat hati...
Penat perasaan…
Penat fikiran…
Penat …..hanya itu yang mampu aku ungkapkan…!


Tak masuk dek akal bukan…?
Tapi Itulah hakikat apa yang aku lalui sekarang…lari dari dunia sebenar…
tanpa berfriendster, tanpa berpesbuk, tanpa bermesej, tanpa bergayut, tanpa berchat, tanpa bergogle talk, tanpa ber’ym….dan tetiba rasa nak “ber’blog” plak (maybe di sini dapat aku luah segalanya).. tanpa…..tanpa sume yang menghubungkan aku dengan dunia sebenar aku selama ni…kekadang talifon pn entah mana aku letak…bateri pn mati sampai sehari pn aku x sedar…hihi…memang parah betul aku neh...! *_* ntah kenapa tetiba rasa "t'kecik" ati sesangat n rasa nak menjauhkan diri dari sume 2...huhu~ memang tipu lah kalau aku langsung tak ber..sume2 tu…yayy, memang ade,, but just a bit only,, hanya untuk sesuatu yang penting2 jew….(hanya itu yang aku mampu lakukan skang...dan ini bukan kehendak ku) adushhh....!


Maybe banyak benda yang membebankan fikiran ku…apa yang aku lakukan ibarat sume x kena…Ntah la, something wrong betul lah aku neh…!!! 


Aku x nak fikir apa-apa da, yang aku tahu my live is a very3 simple right now…pegi keje n balik keje, ari minggu pegi kelas…pas2 buat assignment (2 pn kalau rasa masih ade kudrat..huhu~). Pastu balik pada asal…keje,,,keje,,,n keje….. (lalalalaaa…ari-ari keje, lalalalaaa…bosan dengan keje hhaa’haa…) ~meet unckle hussin punye lagu~ gghee..


No social life…ngan member-member pn da jarang berjumpa, berdate ngn teman-teman “sekepala” aku…gelak sama-sama…ade jew cite gila-gila yang buat kitorang gelak sampai x ingat dunia…hahahha…ouchh,,, windu gilax kt diorang…tapi sume da ade kehidupan masing-masing…sume da buzy ngn live sendiri…jarang sangat leh jumpa,,.kebanyakan sume da merantau jauh-jauh...keje kt tempat orang, x kurang juga yang ngah study…tapi ade juga yang da kawen..tapi bila diorg balik, compem ade-ade jew “plans or project gempak” kitorang….hikkss!  owhh…tetiba rasa sendirian walau dikelilingi ramai yang bersama ku… touching….huk3...T_T

Sunday 29 May 2011

KisAhKu tAk sEiNdAh "fAirYTaLe"...


Bila ingat balik time ”tecik-tecik” dulu…itulah impian aku, nak idup dalam dunia fantasi…beh jew…diawan-awangan…pakai baju comey-comey jew…pastu bila da nama cite fairytale ni,,,x sah kalau x dapat kawen ngn anak raja…haishh…(berangan la ko sampai ke tua fia…haha~). Dan itulah angan-angan sume kanak-kanak pompuan dari dulu sampai skang..(penangan kartun punye pasai) he..

Jap-jap…tapi 2 bukan impian aku, sampai nak kawen ngn anak raja segala, jauh panggang dari api wooo~~ anak raja tengok aku pun da termuntah! Huhu~ :p

Maybe “prince charming” kot yang lebih sesuai untuk diganti ngn anak raja 2…muahaha~ (2x5 jew sebenornye…) tak lah, just 2 hanya anganan yang x mungkin terjadi lol..

Cinta…???
Apa sebenarnya yang ade dengan cinta…??? Ntah, maybe bagi aku macam biskut marie kot..tak pun cip more,,..haha~ takde ape-ape makne nak dibanggakan dengan perkata C.I.N.T.A kerana perkataan itu sangat sukar untuk dimengerti…(so, x yah penat-penat kn otak aku tuk berfikir)

Ntah apa dan sapa yang aku tunggu sebenarnya aku sendiri pn x taw…haishhh,,,, hati aku ni diperbuat dari konkrit kot…sampai aku sendiri pn x faham kenapa susah sangat bagi aku tuk mencari cinta yang sempurna…yang datang sume aku lepaskan..

Sampai bila aku nak tunggu “prince charming” yang datang dari kayangan jemput aku ngn kuda putih…tapi jangan lak “putera katak” yang terpaksa aku “cium” dulu tuk bertukar jadi “my prince”…? hohohoooo~ x sanggup woo….! euww..

Pesal aku nak cakap pasal benda cam ni kat cni ek??? Aku sendiri pn da terconfius neh…huhu~ pernah kecewa kah aku??? Haha~ cam sakit perot lak rasa yang aku cakap aku pernah “t’kecewa”…ni bukan diri aku lol…aku yang aku kenal adalah seorang yang “selamber jew, brutal gitu”…ahhahaa~ apa nak jadi, jadi…aku tak pernah kisah pun sebelum neh…haishhh! X faham betul la ngn diri ko ni fia,,…what wrong with u haa???  *aiyarkkkk….! (ini bukan aku)



.::..KisAh hATi..::.

Kenapa dia mesti hadir dalam hidupku..???
Disaat aku ingin melupakan seseorang yang sering menyakitiku..
Memberi semangat baru padaku..
Terasa seperti dihargai..


Kenapa dia mesti hadir dalam hidupku..???
Sehingga berjaya membuka pintu hatiku yang sekeras batu ini
Untuk  menerima insan yang bergelar lelaki dalam hidupku…
Setelah perbagai perih yang aku lalui dengan duniaku…


Aku sering bertanya sendiri…
“Adakah dia seorang yang benar” ???


Kenapa dia mesti hadir dalam hidupku..???
Setelah kian lama aku menidakkah perasaanku ini..
Akhirnya aku tewas dengan diri sendiri..


Kenapa dia mesti hadir dalam hidupku..???
Sehingga aku benar-benar berharap padanya..
Hanya sekadar ingin menguji dirinya..
Saat aku sudah benar-benar bersedia dan ingin menerimanya…


Akhirnya aku terlebih dahulu telah diuji….
Sesungguhnya amat sakit perasaan ini..
Perasaan yang tidak aku ingini..
Perasaan yang aku sendiri tidak mengerti..
Perasaan yang entah mana terbitnya belum pasti….


Sesuatu yang amat menguji hati…
Dimana semua kekuatanku.. Ya Allah..?
Kecewakah aku dengan perasaan ini…???
Aku pun tidak mengerti…


Andai dapat aku undurkan masa sedetik...
Untuk tidak mengenalinya terus…
Mungkin aku tidak perlu terseksa sedemikian rasa..
Seperti seorang yang kehilangan arah….


Hanya percaya dengan kata-kata pujangganya..
Dan percaya dengan setiap bait bicaranya..
Mula yakin pada dirinya..
Aku ingin menjadi penghiburnya….


Silap aku.. mungkin…
Kerana tidak benar-benar mengenalinya.
Dan faham apa maksud hatinya...
Aku hanya sekadar baginya..
“Tiada erti”…..


Mungkin ada hikmah disebaliknya..
Kerana Maha Pencipta maha mengetahui…
Dan mungkin rancangan yang lebih terbaik telah tertulis dikalam-Nya......
Untuk hamba yang kudus ini…


Untuk dia..
Terima kasih kerana telah hadir dalam hidupku..
Pernah memberi semangat padaku..
Semoga bahagia dengan insan pilihanmu..
Agar tiada lagi hati-hati yang disakiti…


Ku harap agar dikau sudi mendoakanku..
Bertemu dengan seseorang yang benar untukku..
Yang sentiasa ada dalam suka dan dukaku..
Yang sentiasa ada untukku…


Sesungguhnya aku bukan diriku setelah mengenalimu..
Tidak pernah merasa sakit sebegini…
Dan aku juga bukan insan yang selemah ini…
Entah dimana semua kekuatanku…..
Kerana aku tidak pernah fahami ertimu padaku…..


Sesungguhnya aku malu dengan diri sendiri..
Menjadi insan yang sebegitu bodoh dalam menilai kebenaran…
Meninggalkan semua yang menghargaiku..
Semata-mata untuk menerimamu…..


Aku rela andai bencimu ada untukku..
Agar aku dapat mengubat hati sendiri…
Agar aku dapat memujuk diri..
Supaya aku kembali tabah lagi…


Hati…
Berhentilah dari menyiksa diri…
Berhentilah dari merintih..
Kerana ini bukan pintaku..
Andai dapat aku lari dari semua ini…
Akan aku pergi jauh,, sejauh-jauhnya dari dunia ini..
Yang tidak memberi apa-apa makna andai diri terus tersiksa…


Inilah sekeping daging yang bernama hati..
Sesuatu yang ajaib pernah aku ketahui..
Hanya aku dan pemilik diri yang mengetahuinya…
Kerana aku adalah seorang yang kuat hanya pada luaran…..


Dongengan itu…
Bukan kisahku…..




Kisah hati:
~Engku Eimy Ezila Engku Yunus~

Saturday 28 May 2011

Opick - Tiada duka yang abadi (With Lyric)

~ 18 DiSeMbEr ~

      Aku harus kuat ngn diri aku…hidup masih panjang, dan terlalu indah untuk disia-siakan…sepenat mana sekalipun ngn diri sendiri, bak kata orang..”live must go on” he…(banyak la ko). Penat ngn keje…penat ngn PJJ(penempang jarak jauh…haha~) itulah yang aku rasa, memang menguji tahap kekebalan aku betul lah…terpaksa korbankan segala-galanya…wang, masa, tuntutan keje…dan juga” kereta”(compem korang confius kn…huhu~) :p  InsyaAllah ini jalan yang aku pilih n akan aku tempuhi jua demi kehidupan yang terjamin suatu hari nanti tanpa bergantung harap pada sesiapa, untuk buktikan pada semua bahawa aku juga mampu  berjaya. First skali aku nak buat mami n papa berbangga dengan ku…itu matlamat utamaku…Aminnnn……

18.12.2010 (3 hari selepas bestday aku n 3 ari sebelum bestday kakakku *k’ely)

Meh nak dengor pasal story korbankan kete neh…huuuuhuuuhuuu~~

      Macam kebiasaan aku dan kakak ku…pegi kelas sama-sama, balik kelas sama-sama…cewahh! Romantik bukan…haha~ cam biasa, pas abih kelas…kitorang pn x sabor2 nak balik umah ni…badan da penat sangat, mata da mula berat…2 hari kelas full time..dari 8pg sampai 12 tgh mlm..(just rehat untuk menyempurnakan tuntutan ilahi dan mengisi tangki perut yang da menyanyi lagi rock star..he) okie-okie…sambung balik pada cite asal…lepas jew abih kelas…kitorang bertolak balik dari Kb ke K.krai…x la jauh sangat kan…tapi perasaan da membuak-buak terfikir katil empuk, bantal bucuk n selimut yang gebu-gebu kat lam bilik aku…a’hhhaa!

       Nak dijadikan cite…asalnya aku yang nak jadi pilot, tapi disebabkan badan da x larat sangat da…kakak ku yang masih kebal jadi pilot ari 2..macam kebiasaan, bawak macam biasa, x de la laju sangat…n ujan renyai2…memang best la aku kat tepi  da mula nak lentok…(sempat la jugak t’mimpi kejap..he).
Kitorang berhenti Mc’D beli eskem O’reo….fuhh, segar tetiba mate ni..


       Pastu sambung perjalanan cam biasa….sambil borak-borak kosong n dengar lagu…sampai kat “fly over”Machang, tetiba sesuatu yang tak diingini berlaku…sebaik jew nak turun dari fly over 2, ade subuah kenderaan yang datang dari arah bertentang masuk jalan kitorang….memang jelas depan mata..sempat aku bagitaw kakaku time 2, tapi die suh aku diamkan diri cz die cuba nak kawal keadaan…..tp tiba-tiba….”Dummmmm!!!” satu rempuhan kuat berlaku…apa lagi, abih melambung Mc’D yang ngah aku pegang. Hanya Allah yang tahu perasaan kitorang time 2, aku pun x ingat apa yang ade lam fikiran aku time 2…kosong….

       Aku hanya nampak keadaan sekeliling gelap…dan tiba-tiba kete yang kitorang naik berhenti betul-betul kat bahu jalan bertentang dengan jalan kitorang tadi, (comey lak die berhenti macam tengah parking lak keadaannya…langsung tak menghalang jalan atau tergelongsor ke dalam longkang besar yang hanya beberapa langkah sebelah kiriku) betul-betul menghadap jalan bawah fly over ke Tanah Merah…maksudnya jauh gak ahh kitorang berpusing tadi…patut pn rasa cam naik “roller coster”. Nasib baek x jadi ape-ape, just luka-luka kecil n lebam-lebam badan. Ya Allah…hanya itu yang tersebut di mulutku…tetiba terfikir yang Allah masih sayang dan beri peluang untuk kitorang. Takut hanya Allah yang tahu,…sebaik jew kereta berhenti kitorang turun dari kete 2 yang sebelah da hancur, pemegang tayar da patah…memang ajaib kakakku x tersepit, kalau tengok keadaan kat dalam kete memang da x de ruang tempat letak kaki da kat belah pemandu..sesungguhnya Allah maha penyayang. Kitorang turun dari kete time 2 ujan masih renyai-renyai turun…kitorang cari kenderaan yang merempuh tadi, ingat ke pajero 2 da lari, tapi pejero tersebut jauh masuk jalan kitorang tadi, so keadaan da jadi cam tertukar jalan lak.

       Pajero 2 just tayar depan yang tercabut…maklum la lawan “sang kancil” jew kan..kitorang la yang parah…huhu~. Hampir 5 minit gak kitorang duk lam gelap 2, baru la ade orang2 berhenti tolong…aku n kakakku time 2 da nangis da…perasaan da bercampur gaul time 2. Kakakku call kat umah, cll papa, mami n hubby die…pas ramai orang dekat kitorang, barulah pak cik yang kete pajero tadi berhenti, ingat nk tanya khabar ke apa, rupanya datang nak marah2,..cishhh! mati-mati cakap kitorang masuk jalan die…maybe die terkeliru jalan 2 berlapis-lapis, malam n keadaan ujan renyai2…! Nasib baik masih ada hamba Allah yang prihatin…die datang dan tiba-tiba membela kitorang…Alhamdulillah…dan akak 2 dan family die juga yang menjadi saksi kitorang kat balai polis.

       Tapi cite ni x abih sampai sini jew…masih panjang n tak taw bila nk selesai cz kete pn da jadi cam besi buruk , tersadai..da x leh guna (total lost) n kes tergantung sebab tuan empunya pajero 2 “hero”…x nak mengaku salah n maybe ade la unsur-unsur rasuah ngn pihak atasan….2 biarlah menjadi rahsia…Wallah’hualammm…..huhu~

Aku syukur kerana Maha Pencipta masih sayang dan memberi peluang kepada kitorang…@_@

ni la "sang kancil" yang jadi mangsa...huhu~



...:::HiDuP tErLaLu iNdaH uNtuK dIsiA-sIaKaN:::...

Hidup....terlalu luas makna kehidupan dan berbeza takrifan bagi setiap manusia...


Bagi aku, hidup adalah sebuah perjalanan yang jauh...yang sangat luas untuk diterokai, terlalu simbolik untuk dipersoalkan tentang makna kehidupan. Kerana semua yang dilalui adalah bukan kehendak diri semata-mata...


Semakin jauh perjalanan kita, semakin banyak sesuatu yang "aneh" yang akan ketemui...sesuatu yang akan mengajar kita erti sebuah kehidupan yang sebenar, yang mematangkan adalah kenangan dan pengalaman...kerana hidup terlalu indah untuk disia-siakan...***wink...***




Friday 27 May 2011

tadaaaaaa.....

heyy all...hihi~
macam x caye lak tetiba aku jd blogger....kuang3... ^_-



i'am a very simple girlz...tak ade apa-apa yang boleh dikatakan "awesome" about me...maybe...