.

.

Tuesday 31 December 2013

~New Year 2014~


2013
Terlalu banyak pengalaman & kenangan
Kalau pahit, pahit sungguh...
Tak cukup setakat tu, masam, masin, lemau, payau pun ada.

Kalau manis...masih ada tawar
Sebab ia tak terlalu lama.
Mungkin baru terasa...
.
Takpe,.cz semua tu rencah hidup,
yang 'wajib' dirasa..
Untuk dijadikan pelengkap.

Jalan ceritanya terlalu epic...
perit, perih, galau, suka, duka, sedih, gembira, susah, senang
 adalah perkara penting untuk dilakonkan.

2014
Hope, semuanya baik-baik..........
apa yang datang bertandang
Itulah jalan yang harus dihadap..

Wednesday 23 October 2013

Cukup Allah tahu..

Bukan tak cuba,
Malah selalu cuba..
Semakin cuba, semakin tak mampu.

Tak payah orang nak tahu,
Sebab..
Aku tahu Allah tahu.

Cukup aku tunjuk,
Yang aku masih mampu tersenyum pada kalian..
Walau dalaman berkecamuk.

Sunday 6 October 2013

-,-

Buntu
Bila hati mula tenang
dia datang kembali
Sumpah kau benci, tapi kau cinta

kau tahu
Semua berkata
kau sedar, mungkin kau bodoh
Tetap mahu bersandar pada sesuatu yang rapuh
Untuk kau berpaut kembali

Sampai kau sanggup maafkan dia beribu kali
Walau kau tahu hati kau kian mencair andai ia ais
Tak kira salah kecil, besar, pedih, ngilu yang kau terima
Kau tetap terima

Bekali-kali tertitis permata jernih dari mata kau
Tak kira bila dan dimana
Sampai penat, dan kau tertidur di sejadah
Selalu kerana kau tahu dia masih cinta

Sebab kau tahu dia bukan begitu
Sebab kau pernah nampak
Masa depan bersama
Pada saat itu
kaulah manusia paling bahagia
Dari kaca mata kau

Tapi kau tetap buntu
Mampukah kau teruskan
Sebab kau tahu tetap ada luka lama
Parut tak payah nak di cerita lagi

Lemah bila jadi seseorang
Yang terlalu berpegang pada yang satu
Sebab kealpaan diri dia, kau yang tanggung
Silap dia sebab tak berusaha

Luluh hati sekeliling memandang kau terjatuh
Bila dia tak berusaha
Mintak tuhan tutup aib dia
Sehingga segalanya terbongkar

Samaada dia salah, atau keadaan yang salah
Perkara tetap berlaku
Tapi kau tetap tak tahu
melainkan dia yang tahu jalan ceritanya

Sekarang
Tak tahu apa harus kau buat
Apa harus kau tuju
Apa harus kau pilih
Sebab sedih kau, susah keluarga kau
Bahagia kau, gembira keluarga kau.

Kau harus ingat sang pemilik hati.
Memohon agar takdir tunjukkan jalan
Kerana kau, mereka, orang sekeliling nampak pada perkara nyata
Bukan disebalik perkara berlaku
Kau tak boleh kesali
Kerana segala telah tertulis sejak kau jadi benih.


Wednesday 3 July 2013

~TriP To PuLau PerHenTiaN~


Assalamualaikum....permulaan cerita ^_^
-
-
-
"Hello,.esok mintak cuti dengan bos, nak pergi Pulau Perhentian...penginapan pun da booked, klu x nak x payah pergi." Huiii...mn boleh cam tuuu wei..!
oke...my sis call, so terpaksa mintak cuti dengan boshhh walau takut...kui3..maklum la nasib pekerja tunggal..huhu~ Mana boleh aku x pergi, da memang impian nak pergi tempat2 cam tu, nk 'realese tension' kat pulau...setelah banyak benda berlaku dalam idup aku semenjak, 2 menjak, 3 menjak...dan bermenjak2 ni........*serius aku penat*

Sabar, Allah ade...Terus memujuk diri...sob3.. :'(

Okey...ni bukan cerita sedih wei...kam i da pergi terapi minda..."kunun"...errr -_-
kitorang bertolak ari khamis, sampai sne terus naek spead boat...memamg syok kot dengan kelajuan die 2, angin merempuh muka sampai kembang2 muka..hee. Perjalanan dari jeti x sampai sejam pun, disamping cuaca yang baek serta dapat melihat pemandangan ciptaan Allah yang sungguh ohsem! Subhanallah...



Pulau Kecik

Kitorang sampai terus pergi checkin bilik kat Pulau Besar, rehat2 kejap...pastu iolls kuar abik angin pantai sambil jalan2 cari makan....hee. Tapi nak pilih kedai kena hati2 cz kebanyakan ade jual minuman keras...dan yang penting makanan kat sane mahaiL uolls...air sirap kosong pun da Rm6, camne 2....ngeee. iolls suggest uolls pergi jew Restoran Mama..in sya Allah halal. Nak jimat uolls bawak la bekal makanan yang readymade, lapo nanti boleh terus ngapp... :)

Cuma sedikit terkilan..x nyempatkan diri nak join snorkeling..T_T waktu tak mengizinkan...x pe la, next time. Tengok matahari turun cket, rasa macam nak bermandi manda jew...lama tak buat aksi kuak lentang rama-rama versi gymrama kat dalam air...hee...so ape lagi, terus kitorang terjah pantai. Syokkkk wooo...memang lama betul x mandi laut, seingat aku,,,maybe 7 tahun lepas kot...x sure.


view dari atas bukit...memang betul2 ohsom :) *kat bawah 2 la iolls bermandi manda...hee.

sedia nak beraksi :p

Malam, kitorang pergi makan...sebelum 2, prepare buat sandwich sardin...barang2 my mumi da bawak sume da...bekalan takut2 urgent kenn..memang betul ramalannye..hihi~ lepas 2 iolls pergi Restoran berdekatan..tapi lupe lak Restotran ape (banyak makan semut -_-) sebenarnye my sis n bro-in-law ajak pergi pulau nak sambut bestday boy kat sane...."EpiEy BesTday Pak Ngah"


Candle Light dinner ^^
*Sengaja pemilik kedai 2 bagi lilin, cz diorang tutup kedai awal...kul 10pm da gelap da sume kedai..

Keesokannya...iolls da kna checkout, nak ikutkan memang x puas lagi jadi 'orang pulau'..terpaksa la, pergi pun sekejap jew..,.maklum la, malam keesokannya ade perlawanan bola kennn...KeL vs JDT...layan kat kedai pun jadi la, dari terlepas game...hee. (seronok sebab KeL menang weiii...1-0...oke la tuuu) ^_^


 Coral View...Pulau Besar

Nak balik da...:( next time, jpa lagi orang pulau...


Monday 17 June 2013

Itu Aku Punya!


Bagi balik hati aku !
Bagi balik senyuman aku !
Bagi balik kewarasan aku !
Bagi balik pemikiran aku !
Bagi balik anganan aku !
Bagi balik impian aku !
Bagi balik kepercayaan aku !
Bagi balik hidup aku !
Bagi balik dunia aku !

Agar aku boleh teruskan hidup lengkap aku !
Agar aku tak terus terseksa tanpa kelengkapan aku yang ada pada kau !

Dan aku boleh kembalikan "memory" hidup yang kau pinjamkan pada aku suatu ketika... :'(

Monday 27 May 2013

Wajah Tua Itu...


Wajah tua itu…
Wajah tua itu, aku sering melihat dia menangis keseorangan..
Hiba hati..sebak,
Sayu…
Rasa demi rasa yang dipendam…

Urat tua yang makin kelihatan..
Terlalu banyak dugaan yang menimpa beliau..
Aku tahu…tapi aku tak mampu..

Kadang terfikir,..
Mampukah aku menjadi seperti mereka di masa depanku?..
Mampukah aku..?
Mampukah aku…?

Jika diberi peluang ingin untuk membanggakan mereka..
Membalas apa yang patut..
Pikul tanggungjawab sebagai anak dengan penuh solehah..

Dia penguat semangatku..
Pendampingku..
sahabat terdekat aku..
bakal waliku kelak..
kerana aku tahu hanya mereka yang menyanyangiku dengan sepenuh jiwa dan raga..
Tanpa Sebab….

"Kerana Ibu satu-satunya wanita yang takkan patahkan kita
Kerana Ayah satu-satunya lelaki yang takkah kecewakan kita,,."

Tuesday 23 April 2013

.hArAp.PenGhaRapan.HarApaN.

Aku ingin apa yang aku mahu...tapi aku tahu sukar untuk aku miliki apa yang aku mahu..,..

x mampu untuk mengatur sesuatu yang aku tahu seperti apa yang aku mahu...bila melibatkan mereka disekeliling, tanpa aku mampu menggapainya sendirian dengan hanya kemahuanku yang aku tahu.....

Langkah demi langkah yang disusuri...

entah apa yang akan kuketemui, mungkin terus ketemu dengan kebahagian yang aku impikan...mungkin juga harus berhempas pulas dengan usaha keringat yang berlipat kali ganda....Allah Maha mengetahui segalanya...
dan segala rahsia Allah yang terbaik untuk hambanya....

Dia yang aku mahu, seperti dia yang aku perlu. Pada hakikat masih terkapai-kapai membaca segala isi yang dimiliki pemilik diri...aku mahu harapan dan kehendak yang sama untuk bersatu demi mencari redha-Mu...:'(

Dan aku mengerti, bila memandang sekelilng....mereka bersatu, mungkin kerana mereka bahagia....dan itulah yang aku harapkan.


Thursday 3 January 2013

~ WC 2013 ~


WELLCOME 2013!!!!

Weyhhh....da taun baru ke? rasa x caye...betul, aku x nak caye boleh...? tapi terpaksa caye...!!! *tampar pipi sendiri beberapa kali...adehh, memang ade rasa sakit.!.
Cam sedar x sedar jew bila tiba2 tengok orang2 duk coundown tuk tahun baru 2013.... *just tengok tv, aku x pernah layan malam tahun baru...Alhamdulillah...aku x mahu lalai, dan tak diberi ruang untuk lalui. Cukup duk kat beranda umah...tengok hujan jew, sebab x nampak bunga api malam 2 pada detik tepat 12:00am...hujan mencurah2...hujan rahmat... :)

 Fuhh...kejap jew masa berlalu...betul, sangatttt cepat macam baru bermimpi jew....pejam celik, pejam celik, da setaun...yang penting umuq ceq makin meningkat...sob3..

Sedih, terharu, sebak, sepi, perih, gembira, sunyi, pahit, kelat, payau, masam, masin, manis, lemau...sume 2 yang aku telan sepanjang umur aku menghuni tahun 2012. Banyak dugaan yang aku tempuh tuk aku lebih matang dimasa2 mendatang, dan belajar untuk lupa mana yang x patut untuk aku bawak ke alam hidup aku ke tahun-tahun berikutnya...AKU MAHU JADI SEORANG YANG POSITIF DALAM SEGENAP HAL...! caiyok2 dear my self...huhu~

Berhempas pulas dengan pemikiran sendiri...sumpah aku betul-betul x larat nak berfikir. Tahap pemikiran aku x sampai ke tahap cendikiawan...klu x sah2 aku da terbit buku sendiri...huk3..spoil...

Cuma, apa yang aku tahu dan mahu...azam aku, sama macam tahun terdahulu...x banyak yang berubah, maybe aku x pernah rasa ade peningkatan lam idup aku. Dan aku akan tanam kembali azam tersebut sehingga aku mampu gapai seperti mimpi yang aku idam...sebab orang cakap klu nak bermimpi, "biar mimpi sampai ke bintang".. feuwww...-_-

2013
saya nak jadi cantik pada agama saya,,,
saya nak jadi cantik pada perbuatan saya,,,
saya nak jadi cantik pada percakapan saya,,,
saya nak jadi cantik pada kelakuan saya,,,
saya nak jadi cantik pada pekerjaan saya,,,
saya nak jadi cantik pada pembelajaran saya,,,
saya nak jadi cantik pada semua orang yang menyanyangi saya,,,
saya nak jadi cantik pada setiap pembawakan diri saya,,,
saya nak jadi cantik pada diri sendiri,,,

untuk......
saya nampak cantik pada pandangan Allah...
saya nampak cantik pada pandangan orang...
saya nampak cantik pada tutur bicara saya...
saya nampak cantik di mata umum...
saya nampak cantik pada tugas saya...
saya nampak cantik pada keputusan exam saya...
saya nampak cantik pada mereka yang saya sayang...
saya nampak cantik pada setiap langakah perjalanan saya yang masih jauh...
saya nampak cantik pada dalaman hati saya...

sebelum kita terlihat cantik hanya dari luaran semata-mata....perbaikan segala kekurangan diri dari dalam seadanya...In syaa Allah...Janji Allah itu pasti...sebab Allah nampak, Allah dengar, Allah lihat...Aamin.!