.

.

Wednesday 27 July 2011

>>> Cinta Sejati Hanya Pada-Mu



Tak terasa air mata mengalir deras…
Tak sedar ku terluka kerana cinta…
Tak mengerti  ini adakah diriku…
Kerana aku tak pernah tewas pada perasaan sendiri…


Mungkin ini hanya cubaan… Mungkin ini juga hanya ujian…
Untuk membuat aku lebih tabah menghadapi segalanya…
Untuk lebih kuat pada suatu masa yang akan datang…
Yang masih penuh dengan segala liku dan dugaan…yang belum tahu kesudahannya…



Ya Allah…berilah aku kekuatan…
Temukan lah aku cinta sejati…
Yang sentiasa ikhlas menemaniku…
Dalam setiap langkah…suka dan dukaku…
Yang sentiasa ada untukku…



Ya Allah…berilah aku petunjukmu…
Dalam mengharungi dugaanmu yang maha hebat ini…
Kerana aku terasa amat lemah sendirian…



Kerana aku tahu,,,yang datang bukan selamanya ada….
Dan yang ada,,,tidak selamanya kekal…
Tiada pengharapan yang akan aku sandarkan…
Kerana aku tahu…tiada yang ikhlas dan abadi…
Selain cinta-Mu Yaa Rabbi.....



No comments:

Post a Comment