Pada mereka yang menyapa,.
Pada mereka yang bertanya,.
Pada mereka yang mengetahui,.
Cukup.
Hanya mampu tersenyum. :)
Dan, terus senyum. :)
Mungkin itu,.
Ubat yang paling mujarab,.
Sebagai penyambung semangat,.
Kerana,.
Telah ku atur segalanya,.
Agar ia lebih sempurna.
Hasbi Allah Wani'mal wakil, Wani'mal Maula, Wani'man Nasir... "Cukuplah ALLAH bagiku, sebaik-baik pelindung, sebaik-baik penjaga, sebaik-baik penolong"
.
Sunday, 12 January 2014
~Tasik Banding Trip~
Assalamualaikum oll's :)
Ni sebenarnya entry yang tertangguh...lagi...dan lagi...
tertalu banyak urusan duniawi, jangan salah faham...kali ni bukan aku malas, tapi busy...busy yang amat....busy tu tak dapat nak cite macam mana, macam ni la...bila ada waktu free tu, aku rasa liat jew nak menaip. Haa...macam tu la busy aku...hahaha.
Entry ni sepatutnya 2 bulan lepas lagi aku update, tapi lantak la...baru skang mood tu mai..sorry *_*
Nak dijadikan cerita, masa tu tak silap cuti Awal Muharam...tapi sekali ngn cuti Hari Jadi Sultan Kelantan. Kitorang tak plan pun nak pergi sana, tapi plan last minit ni biase memang menjadi..hihi. macam kebiasaan, my sis call malam tu ajak pergi Tasik Banding pagi keesokannya,,.sebenarnya ade cerita disebaliknya, my papa & mami nak pergi Kuala Pilah, maklumlah akak aku yang sulong dah pindah balik semenanjung awal bulan 11 ari tu...sebelum ni, pantang cuti tak de la diorang kat umah fly pergi Sabah nun bha. Memang kaki berjalan sume family aku ni. So sebab tak dapat pergi sana, akak aku plan la ke Tasik Banding, biar lepas angin diorang walau tak dapat pergi Kuala Pilah....kui3. (panjang al-kisahnya)
Pergi sane secara koboi jew, tak booked ape-ape cz ingat senang jew nak dapat pakej ngn bilik 'murah' kenn....ioll's jenis travel bajet jew slalu...hihi.
Sesampai jew kat sane, terus ioll's ushya-ushya tempat penginapan dan cari pakej "bajet" punye, ioll's pergi satu dua tempat sume full, last-last singgah kat Royal Belum. Tapi memang wa cakap lu...tak de punye nak murah sangat kat sane, bilik yang ade katil single 2 buah pun dah Rm180, klu bilik yang ada 1 katil single n 1 katil queen Rm350...ioll's berenam. So pikir punye pikir...orang yang jaga dekat recepsion punye lah baek hati, bagi cadangan suruh kitorang jenjalan jew dulu area Royal Belum tu, tak pe sume free cz masa tu da pukul 4ptg, macam tak berbaloi jew nak sewa bilik...huhuhu. :(
Royal Belum
Tapke lah, ioll's pergi geledah sume tempat yang ade...fuhhhh....memang betul-betul cantik pemandangan view dari atas bukit tu ditambah dengan kawasan sekitar yang memang ohsem...sonokkk tetiba :D
Siap solat kat surau yang disediakan, ioll's bersantai sambil berkelah kat situ...berangan macam tempat penginapan private kitorang jew...hihi. Sesudah tu, ioll's terjah pool lak....apa lagi...terjunnn la...hihihi. Yang penting, segala aktiviti pun kitorang tak menyempatkan diri nak buat, jangle traking ke, berkayak ke, pergi perkampungan asli ke....sume tak sempat...huhuhu. sadissss.... :'(
sempat jugak merasa naek benda ni...:)
i'm fly...yuhuuu..
Tenang...
ciptaan-Nya.
Terapi minda..uhuu
kita enjoyyyy...!!!
Oke, itu jew cerita kali ni...hee.
apapun klu ade rezeki in sya Allah mau bertandang lagi ke sini...dan mencuba segala aktiviti disana, terutama berkayak...aiyarkk! ^_^
Tuesday, 31 December 2013
~New Year 2014~
2013
Terlalu banyak pengalaman & kenangan
Kalau pahit, pahit sungguh...
Tak cukup setakat tu, masam, masin, lemau, payau pun ada.
Kalau manis...masih ada tawar
Sebab ia tak terlalu lama.
Mungkin baru terasa...
.
Takpe,.cz semua tu rencah hidup,
yang 'wajib' dirasa..
Untuk dijadikan pelengkap.
Jalan ceritanya terlalu epic...
perit, perih, galau, suka, duka, sedih, gembira, susah, senang
adalah perkara penting untuk dilakonkan.
2014
Hope, semuanya baik-baik..........
apa yang datang bertandang
Itulah jalan yang harus dihadap..
Wednesday, 23 October 2013
Cukup Allah tahu..
Bukan tak cuba,
Malah selalu cuba..
Semakin cuba, semakin tak mampu.
Tak payah orang nak tahu,
Sebab..
Aku tahu Allah tahu.
Cukup aku tunjuk,
Yang aku masih mampu
tersenyum pada kalian..
Walau dalaman berkecamuk.
Sunday, 6 October 2013
-,-
Buntu
Bila hati mula tenang
dia datang kembali
Sumpah kau benci, tapi kau cinta
kau tahu
Semua berkata
kau sedar, mungkin kau bodoh
Tetap mahu bersandar pada sesuatu yang rapuh
Untuk kau berpaut kembali
Sampai kau sanggup maafkan dia beribu kali
Walau kau tahu hati kau kian mencair andai ia ais
Tak kira salah kecil, besar, pedih, ngilu yang kau terima
Kau tetap terima
Bekali-kali tertitis permata jernih dari mata kau
Tak kira bila dan dimana
Sampai penat, dan kau tertidur di sejadah
Selalu kerana kau tahu dia masih cinta
Sebab kau tahu dia bukan begitu
Sebab kau pernah nampak
Masa depan bersama
Pada saat itu
kaulah manusia paling bahagia
Dari kaca mata kau
Tapi kau tetap buntu
Mampukah kau teruskan
Sebab kau tahu tetap ada luka lama
Parut tak payah nak di cerita lagi
Lemah bila jadi seseorang
Yang terlalu berpegang pada yang satu
Sebab kealpaan diri dia, kau yang tanggung
Silap dia sebab tak berusaha
Luluh hati sekeliling memandang kau terjatuh
Bila dia tak berusaha
Mintak tuhan tutup aib dia
Sehingga segalanya terbongkar
Samaada dia salah, atau keadaan yang salah
Perkara tetap berlaku
Tapi kau tetap tak tahu
melainkan dia yang tahu jalan ceritanya
Sekarang
Tak tahu apa harus kau buat
Apa harus kau tuju
Apa harus kau pilih
Sebab sedih kau, susah keluarga kau
Bahagia kau, gembira keluarga kau.
Kau harus ingat sang pemilik hati.
Memohon agar takdir tunjukkan jalan
Kerana kau, mereka, orang sekeliling nampak pada perkara nyata
Bukan disebalik perkara berlaku
Kau tak boleh kesali
Kerana segala telah tertulis sejak kau jadi benih.
Wednesday, 3 July 2013
~TriP To PuLau PerHenTiaN~
Assalamualaikum....permulaan cerita ^_^
-
-
-
"Hello,.esok mintak cuti dengan bos, nak pergi Pulau Perhentian...penginapan pun da booked, klu x nak x payah pergi." Huiii...mn boleh cam tuuu wei..!
oke...my sis call, so terpaksa mintak cuti dengan boshhh walau takut...kui3..maklum la nasib pekerja tunggal..huhu~ Mana boleh aku x pergi, da memang impian nak pergi tempat2 cam tu, nk 'realese tension' kat pulau...setelah banyak benda berlaku dalam idup aku semenjak, 2 menjak, 3 menjak...dan bermenjak2 ni........*serius aku penat*
Sabar, Allah ade...Terus memujuk diri...sob3.. :'(
Okey...ni bukan cerita sedih wei...kam i da pergi terapi minda..."kunun"...errr -_-
kitorang bertolak ari khamis, sampai sne terus naek spead boat...memamg syok kot dengan kelajuan die 2, angin merempuh muka sampai kembang2 muka..hee. Perjalanan dari jeti x sampai sejam pun, disamping cuaca yang baek serta dapat melihat pemandangan ciptaan Allah yang sungguh ohsem! Subhanallah...
Pulau Kecik
Kitorang sampai terus pergi checkin bilik kat Pulau Besar, rehat2 kejap...pastu iolls kuar abik angin pantai sambil jalan2 cari makan....hee. Tapi nak pilih kedai kena hati2 cz kebanyakan ade jual minuman keras...dan yang penting makanan kat sane mahaiL uolls...air sirap kosong pun da Rm6, camne 2....ngeee. iolls suggest uolls pergi jew Restoran Mama..in sya Allah halal. Nak jimat uolls bawak la bekal makanan yang readymade, lapo nanti boleh terus ngapp... :)
Cuma sedikit terkilan..x nyempatkan diri nak join snorkeling..T_T waktu tak mengizinkan...x pe la, next time. Tengok matahari turun cket, rasa macam nak bermandi manda jew...lama tak buat aksi kuak lentang rama-rama versi gymrama kat dalam air...hee...so ape lagi, terus kitorang terjah pantai. Syokkkk wooo...memang lama betul x mandi laut, seingat aku,,,maybe 7 tahun lepas kot...x sure.
view dari atas bukit...memang betul2 ohsom :) *kat bawah 2 la iolls bermandi manda...hee.
sedia nak beraksi :p
Malam, kitorang pergi makan...sebelum 2, prepare buat sandwich sardin...barang2 my mumi da bawak sume da...bekalan takut2 urgent kenn..memang betul ramalannye..hihi~ lepas 2 iolls pergi Restoran berdekatan..tapi lupe lak Restotran ape (banyak makan semut -_-) sebenarnye my sis n bro-in-law ajak pergi pulau nak sambut bestday boy kat sane...."EpiEy BesTday Pak Ngah"
Candle Light dinner ^^
*Sengaja pemilik kedai 2 bagi lilin, cz diorang tutup kedai awal...kul 10pm da gelap da sume kedai..
Keesokannya...iolls da kna checkout, nak ikutkan memang x puas lagi jadi 'orang pulau'..terpaksa la, pergi pun sekejap jew..,.maklum la, malam keesokannya ade perlawanan bola kennn...KeL vs JDT...layan kat kedai pun jadi la, dari terlepas game...hee. (seronok sebab KeL menang weiii...1-0...oke la tuuu) ^_^
Coral View...Pulau Besar
Nak balik da...:( next time, jpa lagi orang pulau...
*Sengaja pemilik kedai 2 bagi lilin, cz diorang tutup kedai awal...kul 10pm da gelap da sume kedai..
Keesokannya...iolls da kna checkout, nak ikutkan memang x puas lagi jadi 'orang pulau'..terpaksa la, pergi pun sekejap jew..,.maklum la, malam keesokannya ade perlawanan bola kennn...KeL vs JDT...layan kat kedai pun jadi la, dari terlepas game...hee. (seronok sebab KeL menang weiii...1-0...oke la tuuu) ^_^
Coral View...Pulau Besar
Nak balik da...:( next time, jpa lagi orang pulau...
Monday, 17 June 2013
Itu Aku Punya!
Bagi balik hati aku !
Bagi balik senyuman aku !
Bagi balik kewarasan aku !
Bagi balik pemikiran aku !
Bagi balik anganan aku !
Bagi balik impian aku !
Bagi balik kepercayaan aku !
Bagi balik hidup aku !
Bagi balik dunia aku !
Agar aku boleh teruskan hidup lengkap aku !
Agar aku tak terus terseksa tanpa kelengkapan aku yang ada pada kau !
Dan aku boleh kembalikan "memory" hidup yang kau pinjamkan pada aku suatu ketika... :'(
Subscribe to:
Posts (Atom)













