.

.

Sunday, 29 May 2011

.::..KisAh hATi..::.

Kenapa dia mesti hadir dalam hidupku..???
Disaat aku ingin melupakan seseorang yang sering menyakitiku..
Memberi semangat baru padaku..
Terasa seperti dihargai..


Kenapa dia mesti hadir dalam hidupku..???
Sehingga berjaya membuka pintu hatiku yang sekeras batu ini
Untuk  menerima insan yang bergelar lelaki dalam hidupku…
Setelah perbagai perih yang aku lalui dengan duniaku…


Aku sering bertanya sendiri…
“Adakah dia seorang yang benar” ???


Kenapa dia mesti hadir dalam hidupku..???
Setelah kian lama aku menidakkah perasaanku ini..
Akhirnya aku tewas dengan diri sendiri..


Kenapa dia mesti hadir dalam hidupku..???
Sehingga aku benar-benar berharap padanya..
Hanya sekadar ingin menguji dirinya..
Saat aku sudah benar-benar bersedia dan ingin menerimanya…


Akhirnya aku terlebih dahulu telah diuji….
Sesungguhnya amat sakit perasaan ini..
Perasaan yang tidak aku ingini..
Perasaan yang aku sendiri tidak mengerti..
Perasaan yang entah mana terbitnya belum pasti….


Sesuatu yang amat menguji hati…
Dimana semua kekuatanku.. Ya Allah..?
Kecewakah aku dengan perasaan ini…???
Aku pun tidak mengerti…


Andai dapat aku undurkan masa sedetik...
Untuk tidak mengenalinya terus…
Mungkin aku tidak perlu terseksa sedemikian rasa..
Seperti seorang yang kehilangan arah….


Hanya percaya dengan kata-kata pujangganya..
Dan percaya dengan setiap bait bicaranya..
Mula yakin pada dirinya..
Aku ingin menjadi penghiburnya….


Silap aku.. mungkin…
Kerana tidak benar-benar mengenalinya.
Dan faham apa maksud hatinya...
Aku hanya sekadar baginya..
“Tiada erti”…..


Mungkin ada hikmah disebaliknya..
Kerana Maha Pencipta maha mengetahui…
Dan mungkin rancangan yang lebih terbaik telah tertulis dikalam-Nya......
Untuk hamba yang kudus ini…


Untuk dia..
Terima kasih kerana telah hadir dalam hidupku..
Pernah memberi semangat padaku..
Semoga bahagia dengan insan pilihanmu..
Agar tiada lagi hati-hati yang disakiti…


Ku harap agar dikau sudi mendoakanku..
Bertemu dengan seseorang yang benar untukku..
Yang sentiasa ada dalam suka dan dukaku..
Yang sentiasa ada untukku…


Sesungguhnya aku bukan diriku setelah mengenalimu..
Tidak pernah merasa sakit sebegini…
Dan aku juga bukan insan yang selemah ini…
Entah dimana semua kekuatanku…..
Kerana aku tidak pernah fahami ertimu padaku…..


Sesungguhnya aku malu dengan diri sendiri..
Menjadi insan yang sebegitu bodoh dalam menilai kebenaran…
Meninggalkan semua yang menghargaiku..
Semata-mata untuk menerimamu…..


Aku rela andai bencimu ada untukku..
Agar aku dapat mengubat hati sendiri…
Agar aku dapat memujuk diri..
Supaya aku kembali tabah lagi…


Hati…
Berhentilah dari menyiksa diri…
Berhentilah dari merintih..
Kerana ini bukan pintaku..
Andai dapat aku lari dari semua ini…
Akan aku pergi jauh,, sejauh-jauhnya dari dunia ini..
Yang tidak memberi apa-apa makna andai diri terus tersiksa…


Inilah sekeping daging yang bernama hati..
Sesuatu yang ajaib pernah aku ketahui..
Hanya aku dan pemilik diri yang mengetahuinya…
Kerana aku adalah seorang yang kuat hanya pada luaran…..


Dongengan itu…
Bukan kisahku…..




Kisah hati:
~Engku Eimy Ezila Engku Yunus~

1 comment: