.

.

Sunday, 31 July 2011

AkU HaRuS...

Terjaga dari tidur,..

Menggunakan bahasa Tuhan mengadap kiblat-Nya,..

Terduduk dalam sedu,..

Cuba kuatkan semangat lagi,.. 

Demi senyum dalam keterpaksaan,..

Mulakan pagi hari seperti sediakala,.. 

Walaupun senyum yang dilakar agak sumbang,..

Untuk menutup segala resah hati pada pandangan umum,..

Dan demi sebuah penghidupan yang masih jauh,..

Aku harus,,,...


secret of me...

Wednesday, 27 July 2011

>>> Cinta Sejati Hanya Pada-Mu



Tak terasa air mata mengalir deras…
Tak sedar ku terluka kerana cinta…
Tak mengerti  ini adakah diriku…
Kerana aku tak pernah tewas pada perasaan sendiri…


Mungkin ini hanya cubaan… Mungkin ini juga hanya ujian…
Untuk membuat aku lebih tabah menghadapi segalanya…
Untuk lebih kuat pada suatu masa yang akan datang…
Yang masih penuh dengan segala liku dan dugaan…yang belum tahu kesudahannya…



Ya Allah…berilah aku kekuatan…
Temukan lah aku cinta sejati…
Yang sentiasa ikhlas menemaniku…
Dalam setiap langkah…suka dan dukaku…
Yang sentiasa ada untukku…



Ya Allah…berilah aku petunjukmu…
Dalam mengharungi dugaanmu yang maha hebat ini…
Kerana aku terasa amat lemah sendirian…



Kerana aku tahu,,,yang datang bukan selamanya ada….
Dan yang ada,,,tidak selamanya kekal…
Tiada pengharapan yang akan aku sandarkan…
Kerana aku tahu…tiada yang ikhlas dan abadi…
Selain cinta-Mu Yaa Rabbi.....



Monday, 18 July 2011

** BuLaN dI tUtUp aWaN**

Wahai
janji setia sudah diucapkan
aduh
kata bersumpah telah kupadukan
kini
engkau pergi jauh membawa diri
tinggal
daku saorang dalam sunyi sepi


nun bulan ditutup awan
terkenang...
hati bertambah rawan


wahai
jikalau ku tahu janjimu palsu
tentu
tidak kuturut sedari dahulu


wahai janji setia sudah diucapkan
aduh
kata bersumpah telah kupadukan
kini
engkau pergi jauh membawa diri
tinggal
daku saorang dalam sunyi sepi


nun bulan ditutop awan
terkenang
hati bertambah rawan


wahai
jikalau ku tahu janjimu palsu
tentu
tidak kuturut sedari dahulu



...* sAyAp SuDa jAtuH cHeNtA dEngAn LagU inI.......^_-

Monday, 11 July 2011

~ ReaLiTi tAk sEiNdAh iMpiAn ~

Maybe…segalanya nampak indah dari luaran.. mungkin juga pernah mengukir senyuman yang entah di mana keikhlasannya dan dalam keadaan keterpasaan untuk menutup segala keresahan hati…

Kesakitan yang masih terasa, dan setiap kali itulah air jernih mula bergenang di tubir mata dan mengerti keresahan hati…keluar tanpa paksaan…lagi…dan lagi…..

Sampai bila hati, perasaan dan fikiranku harus begini? Di mana semua kekuatanku yang dulu…yang pernah tabah walau apapun yang terjadi aku mampu terima… Ya Allah kuatkanlah hamba-Mu yang kudus ini…..

Aku bahagia dengan kehidupanku…dikelilingi semua insan yang menyayangiku…tetapi hatiku seolah-olah kosong,,,kosong tanpa sebarang erti bila bersendirian…kesepian yang membuatku resah sendiri…hilang segala keceriaanku, yang ada hanya lakonan untuk tatapan semua yang memandangku…

Apa yang meruntun perasaanku sebenarnay…? Aku sendiri pun tidak mengerti…kerana hati dan perasaan yang berbaki hanya “KOSONG” saat ini, tiada apa-apa yang membebankan benak fikiranku…tetapi yang aku tahu, aku mahu menangis…menangis sepuas-puasnya sehingga penat sendiri…! kenapa aku harus merasa seolah-olah kehilangan, tiada arah haluan yang jelas.. yang harus aku pilih untuk lari dari kesepian dan kesakitan ini…..




-e.e.e- 

Tuesday, 31 May 2011

Di Saat Air Jernih Menitis Lagi Dari Tubir Mata.....


Tiada apa yang dapat merubah keadaan, kerana aku bukan seorang yang kejam, untuk melihat penderitaan seseorang..demi kepentingan sendiri,,.kerana itu bukan caraku…yang hanya aku mampu saat ini ialah pasrah, selain redha…redha… dan redha dengan ketentuan Ilahi… dan kerana aku tahu aku tiada erti bagi sesiapa…


Ya, memang…memang semua tahu hanya takdir yang menentukan segalanya…tapi kenapa hati seakan membeku tidak mengerti dengan semua ini..? Andai dapat kuundur detik waktu dari terus berputar…akan aku ubah segalanya dari terjadi…mengelak terus dari sesuatu yang akan meruntun hati dan menyesakkan jiwa…tapi waktu tak kan berhenti, tapi detik tak kan kembali…berkali aku memujuk hati, tapi aku tak mampu...


“ibarat air terjun yang terus terjun, membunuh diri tanpa kematian…”


“seperti racun yang menular dalam pembuluh darah, tidak terasa tetapi membunuh dalam senyap…”



Sakit.....



Apa harus aku buat…??? Persoalan demi persoalan, tapi aku buntu sendiri...biar peredaran waktu tentukan keadaan seterusnya…biar “sang pencipta” yang tentukan “skrip” lakonan, kerana aku adalah pelakon utama di pentas lakonan ini…tidak mungkin aku akan tenggelam dengan watak sendiri…kerana itu janji Ilahi yang menentukan sesuatu yang terbaik untuk hambanya…kerana Dia pemilik sekelian alam…


Aku harus kuat, aku harus tabah…kerana hidup baru bermula…pelbagai rintangan lagi yang harus aku lalui…masih banyak lagi sesuatu yang “ajaib” yang akan aku temui, masih banyak lagi sesuatu yang mustahil yang harus aku lalui dan terokai…inilah sebuah kehidupan yang harus aku redah demi sebuah perjalanan hidup sebelum kembali kepada “sang pemilik” pentas lakonan dunia…


Pergi…

Pergi…

Pergi…..

Hanya itu yang mampu aku pinta, kerana tidak tertanggung lagi rasaku ini…kembalikan semangatku agar aku kuat lagi berdiri…entah kenapa rasa ini hadir, kerana tidak pernah aku jemput kedatangannya…tidak pernah aku pinta semua ini terjadi…..


Hanya dengan mengadap “kiblat-Mu” aku tenang sendiri…hanya pada-Mu tempatku memohan.. Kerana tiada apa dan sesiapa yang dapat menetukan takdir-Mu Ya Allah…hanya pada-Mu tempat aku berserah…..




Monday, 30 May 2011

Lari Dari Pentas Duniawi...Ibarat Lari Dari Kehidupan Hakiki.....


        Fuhh…maybe otak aku da penat dari nak fikir sume ni…tiada apa yang harus aku lakukan, selain lari dari pentas lakonan kehidupan yang tidak memberi apa-apa makna kehidupan yang sebenar..


Lari dari segalanya-galanya yang membebankan benak fikiranku..


Entah aku lari dari apa sebenarnya…aku sendiri pn x pasti….sesungguhnya yang aku tahu..aku hanya penat sendiri, penat dengan diri sendiri,,,,
Penat jiwa…
Penat hati...
Penat perasaan…
Penat fikiran…
Penat …..hanya itu yang mampu aku ungkapkan…!


Tak masuk dek akal bukan…?
Tapi Itulah hakikat apa yang aku lalui sekarang…lari dari dunia sebenar…
tanpa berfriendster, tanpa berpesbuk, tanpa bermesej, tanpa bergayut, tanpa berchat, tanpa bergogle talk, tanpa ber’ym….dan tetiba rasa nak “ber’blog” plak (maybe di sini dapat aku luah segalanya).. tanpa…..tanpa sume yang menghubungkan aku dengan dunia sebenar aku selama ni…kekadang talifon pn entah mana aku letak…bateri pn mati sampai sehari pn aku x sedar…hihi…memang parah betul aku neh...! *_* ntah kenapa tetiba rasa "t'kecik" ati sesangat n rasa nak menjauhkan diri dari sume 2...huhu~ memang tipu lah kalau aku langsung tak ber..sume2 tu…yayy, memang ade,, but just a bit only,, hanya untuk sesuatu yang penting2 jew….(hanya itu yang aku mampu lakukan skang...dan ini bukan kehendak ku) adushhh....!


Maybe banyak benda yang membebankan fikiran ku…apa yang aku lakukan ibarat sume x kena…Ntah la, something wrong betul lah aku neh…!!! 


Aku x nak fikir apa-apa da, yang aku tahu my live is a very3 simple right now…pegi keje n balik keje, ari minggu pegi kelas…pas2 buat assignment (2 pn kalau rasa masih ade kudrat..huhu~). Pastu balik pada asal…keje,,,keje,,,n keje….. (lalalalaaa…ari-ari keje, lalalalaaa…bosan dengan keje hhaa’haa…) ~meet unckle hussin punye lagu~ gghee..


No social life…ngan member-member pn da jarang berjumpa, berdate ngn teman-teman “sekepala” aku…gelak sama-sama…ade jew cite gila-gila yang buat kitorang gelak sampai x ingat dunia…hahahha…ouchh,,, windu gilax kt diorang…tapi sume da ade kehidupan masing-masing…sume da buzy ngn live sendiri…jarang sangat leh jumpa,,.kebanyakan sume da merantau jauh-jauh...keje kt tempat orang, x kurang juga yang ngah study…tapi ade juga yang da kawen..tapi bila diorg balik, compem ade-ade jew “plans or project gempak” kitorang….hikkss!  owhh…tetiba rasa sendirian walau dikelilingi ramai yang bersama ku… touching….huk3...T_T

Sunday, 29 May 2011

KisAhKu tAk sEiNdAh "fAirYTaLe"...


Bila ingat balik time ”tecik-tecik” dulu…itulah impian aku, nak idup dalam dunia fantasi…beh jew…diawan-awangan…pakai baju comey-comey jew…pastu bila da nama cite fairytale ni,,,x sah kalau x dapat kawen ngn anak raja…haishh…(berangan la ko sampai ke tua fia…haha~). Dan itulah angan-angan sume kanak-kanak pompuan dari dulu sampai skang..(penangan kartun punye pasai) he..

Jap-jap…tapi 2 bukan impian aku, sampai nak kawen ngn anak raja segala, jauh panggang dari api wooo~~ anak raja tengok aku pun da termuntah! Huhu~ :p

Maybe “prince charming” kot yang lebih sesuai untuk diganti ngn anak raja 2…muahaha~ (2x5 jew sebenornye…) tak lah, just 2 hanya anganan yang x mungkin terjadi lol..

Cinta…???
Apa sebenarnya yang ade dengan cinta…??? Ntah, maybe bagi aku macam biskut marie kot..tak pun cip more,,..haha~ takde ape-ape makne nak dibanggakan dengan perkata C.I.N.T.A kerana perkataan itu sangat sukar untuk dimengerti…(so, x yah penat-penat kn otak aku tuk berfikir)

Ntah apa dan sapa yang aku tunggu sebenarnya aku sendiri pn x taw…haishhh,,,, hati aku ni diperbuat dari konkrit kot…sampai aku sendiri pn x faham kenapa susah sangat bagi aku tuk mencari cinta yang sempurna…yang datang sume aku lepaskan..

Sampai bila aku nak tunggu “prince charming” yang datang dari kayangan jemput aku ngn kuda putih…tapi jangan lak “putera katak” yang terpaksa aku “cium” dulu tuk bertukar jadi “my prince”…? hohohoooo~ x sanggup woo….! euww..

Pesal aku nak cakap pasal benda cam ni kat cni ek??? Aku sendiri pn da terconfius neh…huhu~ pernah kecewa kah aku??? Haha~ cam sakit perot lak rasa yang aku cakap aku pernah “t’kecewa”…ni bukan diri aku lol…aku yang aku kenal adalah seorang yang “selamber jew, brutal gitu”…ahhahaa~ apa nak jadi, jadi…aku tak pernah kisah pun sebelum neh…haishhh! X faham betul la ngn diri ko ni fia,,…what wrong with u haa???  *aiyarkkkk….! (ini bukan aku)