.

.

Tuesday 31 May 2011

Di Saat Air Jernih Menitis Lagi Dari Tubir Mata.....


Tiada apa yang dapat merubah keadaan, kerana aku bukan seorang yang kejam, untuk melihat penderitaan seseorang..demi kepentingan sendiri,,.kerana itu bukan caraku…yang hanya aku mampu saat ini ialah pasrah, selain redha…redha… dan redha dengan ketentuan Ilahi… dan kerana aku tahu aku tiada erti bagi sesiapa…


Ya, memang…memang semua tahu hanya takdir yang menentukan segalanya…tapi kenapa hati seakan membeku tidak mengerti dengan semua ini..? Andai dapat kuundur detik waktu dari terus berputar…akan aku ubah segalanya dari terjadi…mengelak terus dari sesuatu yang akan meruntun hati dan menyesakkan jiwa…tapi waktu tak kan berhenti, tapi detik tak kan kembali…berkali aku memujuk hati, tapi aku tak mampu...


“ibarat air terjun yang terus terjun, membunuh diri tanpa kematian…”


“seperti racun yang menular dalam pembuluh darah, tidak terasa tetapi membunuh dalam senyap…”



Sakit.....



Apa harus aku buat…??? Persoalan demi persoalan, tapi aku buntu sendiri...biar peredaran waktu tentukan keadaan seterusnya…biar “sang pencipta” yang tentukan “skrip” lakonan, kerana aku adalah pelakon utama di pentas lakonan ini…tidak mungkin aku akan tenggelam dengan watak sendiri…kerana itu janji Ilahi yang menentukan sesuatu yang terbaik untuk hambanya…kerana Dia pemilik sekelian alam…


Aku harus kuat, aku harus tabah…kerana hidup baru bermula…pelbagai rintangan lagi yang harus aku lalui…masih banyak lagi sesuatu yang “ajaib” yang akan aku temui, masih banyak lagi sesuatu yang mustahil yang harus aku lalui dan terokai…inilah sebuah kehidupan yang harus aku redah demi sebuah perjalanan hidup sebelum kembali kepada “sang pemilik” pentas lakonan dunia…


Pergi…

Pergi…

Pergi…..

Hanya itu yang mampu aku pinta, kerana tidak tertanggung lagi rasaku ini…kembalikan semangatku agar aku kuat lagi berdiri…entah kenapa rasa ini hadir, kerana tidak pernah aku jemput kedatangannya…tidak pernah aku pinta semua ini terjadi…..


Hanya dengan mengadap “kiblat-Mu” aku tenang sendiri…hanya pada-Mu tempatku memohan.. Kerana tiada apa dan sesiapa yang dapat menetukan takdir-Mu Ya Allah…hanya pada-Mu tempat aku berserah…..




2 comments:

  1. Life is wonderful adik...but sometimes, tears is wonderful more...luv u dear...

    ReplyDelete
  2. tq kak ani...maybe ni sebuah perjalanan hidup yg terpaksa dilalui...dan masih tercari-cari hala tuju yang sebetulnya...luv u 2 kak...

    ReplyDelete